TAMAN HERBA : SMK SULTAN ISMAIL
Idea penghasilan Taman Herba dimulakan oleh Panitia Sains dan Matematik , bawah pimpinan Puan Masniah Hosnan pada tahun 1999.
Tapak asalnya ialah di antara Blok C dan D sebelum pembinaan blok baharu.
Jalinan dan susun atur yang ringkas ;terletak di tengah-tengah laluan utama warga sekolah
Lokasi TAman Herba dialih ke satu kawasan yang lebih sesuai persekitarannya iaitu di hadapan Blok Makmal Sains Tingkatan Enam.
Tahun 2009; TAMAN HERBA sekolah ini dimurnikan susun aturnya oleh JABATAN LANDSKAP MALAYSIA, NEGERI JOHOR. Reka bentuk dan susunan landskap berbentuk fauna menjadikan taman ini amat menarik dan sejuk mata memandang.
TAMAN HERBA ini menjadi sumber pembelajaran dan pengajaran warga sekolah ini, selain menjadi salah satu lokasi lawatan oleh pelawat-pelawat yang datang ke sekolah ini.
Sehingga kini: lebih kurang 100 jenis herba ditanam bagi tujuan pembelajaran warga sekolah ini. Dipantau dan diselia dengan rapi oleh pembantu-pembantu makmal sekolah.
No comments:
Post a Comment